Sunday, June 24, 2012

Tip Badan Kekal Segar dan Bertenaga Ketika Berpuasa



Bersahur dan berbukalah dengan menu sihat yang seimbang
-Makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60 peratus kandungan karbohidrat, 10-20 peratus protein, 20-25 peratus lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur-sayuran dan buah-buahan.  selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses buang air besar.
 
banyak minum air kosong ketika sahur
-Pedoman untuk minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari juga dilaksanakan ketika berpuasa.  minumlah tiga gelas ketika bersahur dan lima gelas ketika berbuka sehingga sebelum anda tidur.

Pilih menu yang boleh menaikkan kadar gula dalam darah ketika berbuka

-menu yang boleh dipilih ketika berbuka puasa ialah makanan atau minuman yang manis seperti kurma.  makanan manis mengandungi karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dalam darah yang turun kerana tempoh 14 jam berpuasa.  selepas melaksana solat Maghrib, anda boleh mengambil makanan sihat lengkap yang seimbang iaitu nasi, ikan, daging, tauhu, tempe, sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Jangan lupa sahur

-bentuk hidangan sahur adalah sama seperti berbuka puasa.  namun ambillah dengan kuantiti yang lebih kecil.  jangan tinggalkan sahur kerana sahur yang baik membuatkan puasa anda lebih mudah.  makan makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi kerana ia akan kekal lama dalam tubuh.  makanan yang berprotein tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi.  hal ini menyebabkan kita tidak mudah merasa lapaar.


pengambilan vitamin-supplement
-seharian berpuasa menyebabkan badan kita kekurangan vitamin. Dengan pengambilan vitamin yang cukup di dalam badan dapat membantu kita melakukan kerja seharian dengan sebaik mungkin...



jika ingin mendapatkan set supplement sempena bulan ramdhan ini..sila email sy di izaty_ismail@yahoo.com..


0 komen:

Post a Comment